Local News

International

13 November 2009

38 sebab kenapa pilih forex, bukan bisnes lain

  • Modal kecil, lebih kecil dari bela cacing, keli, lintah, kambing, lembu, ayam, kelapa sawit, jathropa, serai, pisang, buka kedai runcit, jadi kontraktor, atau buka mana-mana bisnes brick n mortar

  • Pasaran kewangan terbesar dalam dunia lebih $3.5 trillion sehari

  • Pasaran tunai

  • Keuntungan melebihi 1% sehari atas jumlah modal

  • Untung boleh dibayar segera melalui internet

  • Lebih suci dari saham

  • 24 jam sehari, memaksimakan masa bekerja

  • 5 hari seminggu

  • Bisnes global

  • 40++ matawang yang boleh di trade, menjamin peluang membuat untung setiap masa

  • Belajar dalam 1-2 bulan, tempoh belajar yang cepat

  • Aktiviti yang sesuai bagi setiap keluarga

  • Boleh buat sama-sama dalam satu keluarga, suami isteri

  • Boleh habiskan masa kualiti dengan keluarga

  • Dapat mengisi masa anak dengan lebih berfaedah dengan mencari duit poket dari melayar web secara kosong

  • Hanya perlu internet

  • Boleh trading dimana-mana asal ada internet, menawar gaya hidup baru

  • Tak ada bos

  • Tak ada dateline

  • Tak ada VSS, restructring, downsizing, termination, layoff

  • Tak perlu berhenti kerja

  • Bukan ponzi

  • Bukan scam

  • Bukan skim cepat kaya

  • Bukan kedai cyber

  • Bukan MLM

  • Tak perlu ada website

  • Tak perlu hantar email

  • Tak perlu jumpa pelanggan

  • Tak perlu jumpa pembekall

  • Tak perlu mengharap kepada orang lain

  • Tak perlu office, boleh trade dimana-mana

  • Tak perlu orang atas upline

  • Tak perlu orang bawah downline

  • Tak perlu orang tepi sideline

  • Kemahiran penting untuk persediaan masa pencen nanti bila dapat duit EPF yang boleh diniagakan tanpa perlu cari bisnes lain

  • Kemahiran seumur hidup

BOLEH PANDAI DALAM 1 HARI?

Betul ke belajar forex boleh pandai dalam 1 hari sahaja?

Cuba lihat statistik ini:

Tempoh belajar dan berlatih sebelum trade “real”

  • 1-2 bulan 33%
  • 3-6 bulan 35%
  • 1 tahun 17%
  • >2 tahun 6%
  • tidak berlatih 8%

Jumlah bancian 1010 orang

Patutlah 95% traders baru gagal dalam forex!

Ramai yang tidak belajar dan berlatih dengan betul.

Kesimpulannya, dalam forex ini tidak ada jalan pintas dan cepat. Jika ingin jadi forex trader, kenalah belajar dengan betul dan berdisiplin. Walau pun memakan masa lama, tetapi kemahiran yang dipelajari dengan sabar akan bermanfaat selagi kita masih hidup sihat walafiat.

5 level Trader...dimanakah aku skrg!!!

Trader Level 1
Level 1 Unconscious Incompetence
Ketika ini kamu menjadi trader kerana kamu mendengar bahawa pendapatan seorang trader boleh mengalahkan pendapatan seorang CEO. Ditambah pula pada waktu ini kamu telah profit 3 kali ganda, lalu apa susahnya?. Kamu mungkin boleh profit dengan hasil yang menakjubkan 100 point sampai 200 point per lot per hari, namun itu semua hanyalah beginner luck saja. kamu pada awalnya tidak percaya, dengan hanya mengunakan 1 indicator saja, atau bahkan hanya dengan insting kamu boleh profit. Namun sayangnya, market akan mengalahkan kamu. Tidak ada trader yang berjaya hanya dengan faktor LUCK. Loss demi loss menghampiri kamu, kamu cuba bertahan namun kalau sampai margin call, siapa yang boleh tahan??. Kamu sama sekali tidak menyedari bahawa kamu tidak boleh trading, kamu tetap berkata kamu boleh trading walaupun semua fakta berkata sebaliknya ( apakah bulan ini profit?, bulan lepas profit?, tahun ini profit? ). Kamu tetap berkata bahawa kamu adalah orang yang special, orang yang akan mampu mendapatkan kunci kekayaan dari trading. Dan kamu tidak menyedari bahawa 90% trader yang gagal juga mempunyai perasaan seperti itu. Kamu tidak mempunyai sistem yang complete, kamu dikuasai oleh emosi kamu, kamu selalu averaging posisi jika loss kerana kamu marah pada market, kamu selalu take profit dalam jumlah yang kecil atau membiarkan profit berubah jadi loss kerana kamu dikuasai oleh GREED, kamu tidak pernah trading kerana kamu takut / FEAR. Kamu membiarkan diri kamu dikuasai oleh emosi sehingga margin equity kamu menderita. 90% orang yang trading hanya sampai pada level ini, mereka biasanya putus asa, berhenti trading dan menganggap ini semua hanya mimpi buruk belaka. sebahagian lagi mereka tetap mencari investor dan trading seperti orang gila. dalam sebulan atau dua bulan margin habis lalu mereka mencari mangsa lagi. Mereka masih mengaku sebagai trader namun sebenarnya mereka executor dan biasanya mereka ini dengan senang hati akan mengaku sebagai management di brokernya. lalu sebagian lagi akan tetap seperti biasa dan mengaku trader tetapi tidak pernah trading, mereka biasanya menyalahkan dirinya sendiri. Hanya masalah waktu, sampai bila mereka dapat bertahan di level ini dan waktu selalu menang. 90% Trader ada di level ini, dan hanya 10% saja pindah ke level 2.

Trader Level 2
Level 2 Conscious Incompetence
Di level ini kamu sedar bahawa kamu tidak boleh trading, kamu tidak memiliki kemampuan untuk trading yang menghasilkan profit secara konsisten. Kamu sedar bahawa selama di level 1 fikiran kamu dikaburkan oleh emosi kamu sehingga kamu tidak boleh berfikir secara normal. Di level ini kamu akan mencari holy grail ( system yang sempurna, system yang 100% profit, system yang tidak pernah loss), kamu mulai membeli system yang ada di internet, kamu membaca semua website yang ada tentang trading mulai dari UK, USA, Australia, Europa sampai Russia, kamu baca semua ebook yang ada, kamu praktikan semua system yang kamu peroleh, kamu haus akan ilmu seperti seorang pengembara di padang pasir yang haus akan air minuman. Pada level ini kamu akan membaca semua detail tentang indicator, kamu akan test semua indicator yang ada di metatrader, bahkan kamu mungkin akan membuat indikator sendiri (biasanya gabungan 2 atau 3 indicator), kamu akan bermain-main dengan moving average, fibonnacci lines, pivot point, Fractals, Divergence, DMI. ADX, Bollinger Bands, dan ratusan indicator lainnya. Kamu tahu bahawa market terlalu rumit untuk di predict hanya dengan 1 indicator saja, kamu tahu kombinasi ideal dari masing-masing indicator. kamu tahu keberkesanan indicator tersebut dan juga kelemahannya. Kamu akan mencuba meneka TOP dan BOTTOM dari market dengan indicator tersebut. kamu akan bergabung dengan chat room trader dan menanyakan pertanyaan-pertanyaan bodoh pada trader senior. kerana kamu tahu kalau kamu tidak bertanya sekarang maka selamanya kamu tidak akan tahu. Pada akhirnya di level ini kamu akan mendapatkan 5 sampai 10 system yang lengkap dan mencuba mencari system mana yang paling sesuai dengan keperibadian kamu. Dari 10% trader yang ada di level ini, hanya sekitar 7% yang berhasil pindah ke level 3.

Trader Level 3
Level 3 The EUREKA Moment
Pada akhir level 2, kamu akhirnya menyedari punca masalah bukan terletak di system. Kamu menyedari bahawa kamu boleh mendapat profit jika hanya menggunakan system yang simple seperti moving average saja tanpa ada indicator lain, jika kamu boleh menggunakan otak kamu dan money management yang benar. Kamu mula membaca buku tentang psikologi trading, dan mengidentifikasi dengan characters yang dijelaskan dalam buku itu. Akhirnya datang lah the eureka moment. Level ini membuat otak kamu menyedari satu hal yang penting, di dunia ini tidak ada seorang pun yang mampu memprediksi secara acurate apa yang akan terjadi pada market 30 minit kemudian. Kamu mula menguasai satu system trading dan memodifikasinya sehingga sesuai dengan karakter kamu, dan mampu memberikan lebih banyak profit dibandingkan system yang asli. Kamu mula trading jika kamu tahu probability untuk profit lebih besar daripada untuk loss, kamu hanya trading jika ada signal dari system kamu, kamu selalu menggunakan stoploss, kerana kamu tahu stoploss adalah risiko bisnes yang ada dalam dunia trading. Ketika stoploss kamu kena, kamu tidak emosi kerana kamu tahu tak seorang pun boleh meramalkannya, dan itu bukan kesalahan kamu. Trading berikutnya akan meningkatkan probability profit kerana kamu tahu system kamu itu system yang profit. Kamu menyedari bahawa dalam dunia trading hanya ada satu hal yang penting iaitu konsistensi pada system, psikologi trading, money management dan disiplin kamu untuk melakukan trading apapun yang terjadi. Kamu mempelajari tentang money management, 2% risk perday, dan hal lainnya. Ini mengingatkan kamu 1 tahun yang lalu ketika ada yang memberi nasihat yang sama dan kamu memilih untuk mengacuhkannya. ketika itu kamu memang belum sedar namun sekarang kamu sudah sedar. Di level ini, otak kamu akan menerima bahawa kamu tidak boleh meramalkan pergerakan market, kerana memang tidak ada seorang pun boleh meramalkannya. Dari 7% trader yang ada di level ini, hanya sekitar 5% yang berhasil maju ke level berikutnya.

Trader Level 4
Level 4 Conscious Competence
Sekarang kamu hanya trading hanya jika system kamu memberi signal. Kamu cut loss sama senangnya dengan kamu take profit. kerana kamu tahu system kamu akan lebih banyak memberikan profit daripada loss, dan cut loss yang kamu lakukan adalah risiko bisnes iaitu max 2% dari account kamu. Di level ini kamu mula target dengan profit 20 point per hari, dan setelah kamu mampu melakukannya secara konsisten selama beberapa minggu, kamu meningkatkan target dengan 40 point per hari. Akhirnya, kamu mampu lakukannya. Kamu memang masih harus kerja keras untuk mendapatkannya, memperbaiki system kamu, menguasai emosi kamu, dan melaksanakan money management yang kamu pegang. level ini biasanya berjalan sekitar 6 bulan. Dari 5% trader hanya sekitar 3% yang sanggup maju ke level berikutnya.

Trader Level 5
Level 5 Unconscious Competence
Sekarang kamu sampai di level 5, ini adalah level yang paling diharapkan oleh seluruh trader di dunia ini, di level ini kamu boleh trading dengan tenang, kamu telah menguasai semuanya, kamu boleh Dancing with the Market, kemanapun arah market berjalan, kamu telah open di posisi yang benar, tinggal melihat profit kamu bergerak dari 2 digit ke 3 digit. Inilah level puncak dari seorang trader, inilah level utopia, kamu telah menguasai emosi kamu dan kini kamu trading dengan account yang terus membesar tiap harinya dari kumulatif profit yang kamu peroleh. Kamu akan jadi bintang di trading chat room, dan orang-orang akan mendengarkan apa yang kamu katakan, kamu kenal dengan pertanyaan mereka, kerana kamu ada diposisi mereka 2 tahun yang lalu. Kamu akan memberi saranan kepada mereka, namun kamu tahu bahawa kebanyakan dari mereka tidak akan mendengarkannya kerana mereka masih trader level 1. Kamu tidak akan mempunyai masalah financial lagi, kamu mampu membeli semua benda yang tersedia untuk dijual, kamu boleh membeli pulau dan trading disana asalkan ada jaringan internet, kamu boleh pindah ke hotel 5 bintang, dan menjadi penghuni tetap disana. Kamu mempunyai penghasilan seperti seorang superstar, kamu boleh membuat buku sendiri, kamu boleh trading dengan margin yang tanpa batas, dan account kamu akan berlipat-lipat dari account awal. Hanya 3% trader yang boleh mencapai level ini. Sekarang kamu boleh dengan bangga berkata "SAYA SEORANG TRADER".

23 Mei 2009

Di sinilah wang dunia disorok

Kita diberitahu bahawa dunia sedang menghadapi masalah kecairan – ertinya tidak ada duit dalam pasaran. Lalu kita bertanya ke mana agaknya segala duit yang terkumpul dalam dunia ini pergi.

China, Jepun, Korea, Singapura, Taiwan dan termasuk Malaysia sendiri menyimpan duit-duit ini dalam bentuk kertas dolar Amerika.

Wang yang tersimpan ini – menjadi wang simpanan negara – hasil kita berjual-beli dengan Amerika.

China dan Jepun negara yang paling banyak menyimpan kertas dolar. Kertas dolar telah dipaksakan ke atas dunia ini oleh kuasa imperial Amerika Syarikat.

Pemaksaan ini melalui dua cara. Pertama, Amerika telah membuat perjanjian 1972-74 dengan keluarga Saud bahawa semua jual-beli minyak wajib menggunakan kertas dolar kerana bahan bakar petroleum diperlukan oleh semua negara dengan Saudi pengeluar utamanya.

Sebagai gantinya, kuasa imperial Amerika berjanji akan menjaga keselamatan keluarga Saud daripada dipukul oleh ombak rakyat.

Kedua, dengan kekuatan bala tentera. Amerika mendirikan 702 pengkalan tentera di 130 buah negara dalam dunia ini.

Tidak ada negara penjual minyak yang berani menjual minyak tanpa menggunakan kertas dolar. Saddam Hussein cuba mengalihkan kertas dolar sebagai mata wang jual-beli minyak.

Jawapannya Saddam digantung mati. Iran sedang berusaha untuk beralih daripada kertas dolar, justeru segala bentuk sekatan sedang dilakukan ke atas Iran.

Dari mana kertas dolar ini datang? Kertas dolar hanyalah kertas yang telah dipaksakan nilainya ke atas warga dunia. Ia dipanggil fiat money - nilai yang dipaksa.

Tanpa paksaan ini dolar hanyalah kertas yang tidak memiliki apa-apa nilai. Justeru, kertas dolar adalah satu penipuan yang terunggul dalam sistem ekonomi kapitalis.

Pada awalnya Amerika Syarikat sebuah negara revolusioner yang berdiri untuk menjaga kepentingan warga. Amerika mengeluarkan duit kertasnya sendiri.

Amerika yang merdeka telah membebaskan diri daripada para pemilik bank yang telah lama bersarang di City of London. Tuan-tuan empunya bank merasa mereka kehilangan bumi permata apabila Amerika menjadi bebas dan merdeka.

Lalu para pemilik bank menelurkan satu konspirasi untuk memaksa pentadbiran Amerika terus terikat dengan kepentingan mereka.

Pada tahun 1913, setelah beberapa kali percubaan gagal, akhirnya para pemilik bank telah berjaya memaksa (atau menipu) Kongres untuk menerima dan meluluskan Akta Federal Reserve 1913.

Ramai warga dalam dunia tersilap menyangka bahawa Federal Reserve ini adalah bank milik negara Amerika. Tidak betul.

Federal Reserve ini bukan bank milik negara Amerika seperti Bank Negara kita di pinggir Jalan Kuching. Federal Reserve adalah bank swasta yang tuan pemiliknya dirahsiakan.

Siapa ahli-ahli lembaga pengarah Federal Reserve ini juga dirahsiakan. Kongres hanya boleh menerima atau menolak dua nama yang akan dicadangkan oleh Federal Reserve.

Justeru dunia hanya mengenali nama Alan Greenspan, pengerusi Federal Reserve yang lalu dan Ben Bernanke, pengerusinya yang terkini.

Siapa yang lain di belakang tabir Federal Reserve ini tidak akan diketahui umum.

Mengikut akta 1913 ini, pentabiran Amerika tidak lagi dibenarkan mengeluarkan mata wang sendiri. Mata wang untuk kegunaan negara Amerika hanya akan dikeluarkan oleh Federal Reserve.

Jika kerajaan Amerika memerlukan dolar, maka kerajaan wajib meminjam daripada Federal Reserve – sama ada dengan menjual bond atau meminjam dengan bunga yang ditetapkan.

Lihat bagaimana liciknya konspirasi para pemilik bank ini.

Seperti tulisan minggu lalu, para pemilik bank ini mencetak kertas yang dipanggil dolar tanpa apa-apa asas. Kertas dolar ini akan dipinjam oleh kerajaan Amerika daripada Federal Reserve dan akan dibayar kembali dengan bunga.

Duit membayar hutang dan riba ini datang daripada tenaga dan titik peluh rakyat Amerika. Melalui kertas kosong, para pemilik bank ini telah mencipta harta Qarun.

Inilah punca yang sedang membawa huru-hara ke atas dunia hari ini. Mungkin ada yang berhujah – perkembangan ini di Amerika, apa sangkut pautnya dengan harga ikan di Pasar Chow Kit?

Sabar dahulu, biar saya terangkan sejelas mungkin.

Hari ini perniagan tukaran mata wang dalam dunia ini semuanya diwajibkan menggunakan dolar. Semua simpanan bank-bank negara dalam dunia ini akan bersandarkan dengan kertas dolar.

Ia telah dipaksakan oleh sistem kapitalis yang dikepalai oleh pemodal Anglo-Amerika. Para pemilik bank dan kaum pemodal ini telah mendirikan lembaga-lembaga kewangan dunia.

Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjadi dua lembaga hitam yang memastikan kertas hijau ini digunakan di seluruh dunia.

Setiap negara akan dinilai kekuatan ekonominya bersandarkan dolar. Perniagaan antarabangsa semuanya menggunakan kertas dolar. Barang yang kita ekspot dan barangan yang kita impot semuanya dinilai dengah kertas hijau ini.

Justeru, kita sendiri di Malaysia akan melihat rebah bangun ekonomi negara kita melalui perbandingan ringgit dengan kertas dolar.

Jika pembaca memahami apa yang saya tulis ini, maka amat jelas kelihatan bahawa umat manusia dalam dunia ini telah diper*****kan dan ditipu oleh Federal Reserve, Bank Dunia dan IMF.

Lalu kita menyoal diri kita sendiri: kenapa tidak dapat dilakukan sesuatu untuk membebaskan diri daripada sistem kapitalis global ini?

Pertama, banyak rakyat Amerika sendiri kurang sedar silap mata dan tipu helah yang dijalankan oleh Federal Reserve ke atas negara mereka. Rakyat dunia juga tidak sedar akan hal yang sama.

Kedua, tidak ada sesiapa yang akan dapat memasuki Rumah Putih yang akan berani membocorkan rahsia ini. Lihat apa terjadi kepada Abraham Lincoln yang menentang para pemilik bank dan Central Bank (nama asal Federal Reserve).

Presiden Lincoln yang berperang hampir jatuh muflis telah mencetak Lincoln Greenback Dollar tanpa meminjam daripada Central Bank.

Lihat juga apa yang terjadi kepada John F Kennedy kerana cuba membocorkan konspirasi kaum pemodal ini.

Ketiga, tidak ada sesiapa yang akan dapat menjadi ahli Kongres atau masuk ke Dewan Senat Amerika dengan agenda menentang Federal Reserve, menentang para pemilik bank dan kaum pemodal ini.

Semenjak 1913, pemilik banker ini telah membuat jaringan, kabel dan kumpulan rahsia untuk memastikan kepentingan mereka dijaga oleh para politikus.

Hari ini kabel rahsia para pemilik bank ini telah mempengaruhi semua cabang pentabiran di Amerika. Hasilnya, media tidak pernah dan tidak akan melaporkan ke akar umbi secara radikal rancangan jahat para pemilik bank dan kaum pemodal ini.

Enam puluh tahun dahulu masih terdapat 86 buah syarikat media yang besar dalam dunia ini. Ketika itu, media cetak masih lagi bergerak bebas.

Hari ini yang tinggal hanya enam buah syarikat - ViaCom, General Electric, Disney, NewsCorp, Times Warner dan CBS - yang memiliki pelbagai bentuk media.

Syarikat-syarikat media ini pula dimiliki oleh para pemilik bank. Malah jika menyelidik dengan rapi, kita akan menemui bahawa modal-modal ini juga telah meresap masuk ke dalam industri media tempatan kita.

Yang menyusun dan merancang semua ini adalah kabel-kabel rahsia seperti Freemason, Bohemian Grove, Bilderberg Group, Skull dan Bones – semuanya terpusat di bawah satu bumbung yang dikuasai oleh pemodal dan pemilik bank yang sedang merancang untuk memunculkan satu Order Baru Dunia.

Di belakang semua ini, nama-nama seperti Rothschild, Rockefeller and Morgan. Mereka ini berkumpul di bawah payung organisasi yang dipanggil Illuminati. Susuk-susuk yang kaya-raya ini tidak pernah muncul menunjukkan muka mereka.

Kabel rahsia ini telah memunculkan muka-muka yang boleh dikenali oleh dunia seperti Henry Kissinger, Zbigniew Brzezinksi dan Lord Carrington. Mereka ini dianggap sebagai jurufikir yang berkumpul di bawah Council of Foreign Relation di Amerika dan Royal Institute of International Affairs di United Kingdom.

Lembaga jurufikir seperti NGO ini akan menjemput malaon dari dunia ketiga yang bercita-cita untuk menjadi presiden atau perdana menteri.

Tugas badan pemikir ini ialah mentafsir dan menilai malaon-malaon dari dunia ketiga ini. Penilaian bukan berdasarkan apa yang ada di antara dua telinga maloan-malaon ini tetapi sama ada mereka ini akan bersedia untuk menjadi barua yang setia untuk menjalankan dasar yang diperlukan oleh kabel rashia ini.

Justeru, kita lihat apabila dasar penswastaan dianjurkan, maka semua malaon yang telah dilantik menjadi barua di dunia ketiga akan menjalankan dasar yang sama. Apabila dasar globalisasi diperkenalkan, maka malaon-maloan ini seperti burung kakaktua akan turut bersuara.

Jika ada malaon ini yang cuba melawan seperti Noriega dari Panama atau Saddam, maka dengan sekelip mata mereka akan dilupuskan. Jika maloan ini sudah selesai tugasnya seperti Suharto, Marcos, Lol Nol atau Zia ul Haq, mereka akan diketepikan untuk malaon yang baru naik.

Semua ini dirancang. Tidak ada yang berlaku tanpa perancangan.

Hari ini sebenarnya tidak ada masalah kecairan. Apa yang berlaku, peralihan harta dan wang ringgit warga dunia masuk ke tangan para pemilik bank ini.

Dolar yang terkumpul hari ini melebihi 17 trilion dolar. Dolar, emas dan pelbagai mata wang ini tersimpan di 27 buah negara pulau yang memiliki bank pesisir pantai.

Negara seperti Bermuda, Cook Islands, Switzerland, Luxumbourg, Cayman Island dan termasuk Labuan adalah tempat tersoroknya harta ini.

Buat ketika ini, di sinilah harta kekayan dunia sedang bermastautin.

18 Mei 2009

Belajarlah untuk berkata cukup...

Assalamualaikum warahmatullah...

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya. Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad Salawatu Alai Wasalam yang mempunyai keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin & orang2 yang beramal soleh...

Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk. Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia. Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya. Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...)
"Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya. Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't know what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).

Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta. Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut. Perasan tak? Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita? Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharapkan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan? Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagi azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka? Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for). Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak. Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2 hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya. Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat, Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya, berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat. Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah...Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Sedang Nabi S.A.W telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana itu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya. Siapa yang tak nak gaji besar, kan?Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang ######l stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah. Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750. Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah...tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga! Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang, ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3 kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja. Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi S.A.W kepada Saiyidina Ali r.a supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari. Ini benar2 terkesan dalam hati saya. Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.

Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi...Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja. Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni...Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan...

Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup? Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi S.A.W pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda S.A.W berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu'alam...

Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin... Akhir kata, belajarlah untuk berkata cukup.....

Sekian buat kali ini. Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah akibat kebodohan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah, Wassalamualaikum warahmatullah.

Hari ini...

Aku Akan Memulainya Dengan Ucapan Syukur Dan Senyuman,

Bukan Kritikan.
Akan Ku Hargai Setiap Detik, Minit Dan Jam,

Kerana Tak Sedetik Pun Dapat Ditarik Kembali.

Hari Ini Tidak Akan Ku Sia-Siakan
Seperti Waktu Lalu Yang Terbuang Percuma
Hari Ini Takkan Ku Isi Dengan Gusar
Tentang Apa Yang Akan Terjadi Esok.

Akan Ku Pakai Waktu Ku
Untuk Membuat Sesuatu Yang Ku Mahu
Hari Ini Aku Belajar Lagi
Untuk Merubah Diri Sendiri.

Hari Ini Akan Ku Isi Dengan Karya
Ku Tinggalkan Angan-Angan Yang Selalu Mengatakan:
"Aku Akan Melakukan Sesuatu Jika Keadaan Berubah."

Jikalau Keadaan Tetap Sama Saja
Dengan Kemurahan-Nya Aku Tetap Akan Jaya
Dengan Apa Yang Ada Pada Ku

Hari Ini Aku Akan Berhenti Berkata
"Aku Tidak Punya Waktu”
Kerana Aku Tahu Aku Tidak Pernah Mempunyai Waktu Untuk Apapun
Jika Aku Ingin Memiliki Waktu Aku Harus Meluangkannya

Hari Ini Akan Ku Lalui Seolah Hari Akhir Ku
Akan Ku Lakukan Yang Terbaik
Dan Tidak Akan Ditunda Sampai Esok
Kerana Hari Esok Belum Tentu Jadi Milik Ku

Kemahuanku Akan Membentuk Masa Depanku.

Samada Aku Berjaya Atau Gagal Mencapainya,

Tiada Siapa Yang Patut Dipersalahkan Melainkan Diri Aku Sendiri, Kuasa Ditanganku. Aku Perlu Berusaha Mengatasi Apa Jua Halangan Yang Menantiku

Atau Aku Akan Sesat Dalam Jalan Yang Berliku.

Pilihan Yang Aku Buat Adalah Tanggungjawabku Sepenuhny,

Menang Atau Kalah, Berjaya Atau Tidak, Benar Atau Salah,

Cuma Aku Yang Mempunyai Kunci Untuk Menentukan Hala Tuju Hidupku.

10 Mei 2009

Hikmat Ayat Seribu Dinar

AYAT SERIBU DINAR

وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُ ۥ مَخۡرَجً۬ا
وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُ‌ۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ ۥۤ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦ‌ۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدۡرً۬ا



Maksudnya:

"..Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." (Surah At-Talaq 65:2-3)

Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.

Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.

Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

-Apa yang dapat disampaikan,hendaklah kita amal dalam kehidupan kita sehari-harian,walaupun dalam susah dan senang,miskin dan kaya,sihat atau sakit, dan dalam apa jua keadaan.

-InsyaAllah, berkat amalan ini, Allah akan pilih yang terbaik untuk setiap hambaNya...

Amin....

Antara Sabar Dan Mengeluh

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi:

" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda:

" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

07 Mei 2009

PETANI DENGAN BIJI BUAH OREN

Terdapat seorang petani yang tinggal di kawasan kampung yang mengusahakan ladang buah oren.Petani ini terkenal dengan kejayaannya menghasilkan buah oren yang bermutu tinggi dan manis. Pada suatu hari, seorang jirannya datang untuk meminta biji buah oren tersebut. Maka, petani itu dengan senang hati memberikan biji buah oren tersebt kepada jirannya itu.


Jiran tersebut sangat gembira, lalu menceritakannya kepada jiran-jiran yang lain. Maka, sikap pemurah hati petani tersebut tersebar ke pelosok kampung.Maka, ramailah jiran-jiran yang lain datang untuk meminta biji buah oren tersebut. Petani tersebut memberikan biji benih tersebut dengan senang hati. Dalam masa yang sama, anak petani tersebut berasa kehairanan dengan sikap bapanya itu.

Maka, pada suatu hari dia pun bertanya kepada ayahnya ” Ayah tak risau ke kalau ayah bagi biji benih buah oren ini pada semua orang, nanti buah oren kita dah tak unik lagi?” tanya sang anak kepada ayahnya. Ayahnya menjawab, "Memahami sesuatu dalam hidup adalah sangat penting dalam kehidupan.Apa sahaja yang kita buat memberi kesan pada orang lain.Apa yang orang lain buat juga akan memberi kesan kepada kita.” "Saya tak paham la ayah” kata anaknya dengan kehairanan. "Kita kena pastikan buah oren kita sentiasa berkualiti bukan? Angin akan membawa debunga dari buah oren yang matang dan menyebarkannya ke tempat lain. Sifat angin itu sendiri tidak memilih debunga apa yang dibawanya, maka angin akan membawa debunga biji oren kita dan debunga yang lain dan debunga tersebut akan......” sambung ayahnya.


Tiba-tiba anaknya mencelah "Saya dah faham ayah!Kesemua debunga ini akan bersenyawa secara bersilang yang mana, cepat atau lambat akan mempengaruhi buah oren kita kan?” kata anaknya dengan penuh bersemangat. "Jadi, untuk memastikan kualiti buah oren kita tetap terjaga, jiran-jiran kita yang lain juga perlu mempunyai buah oren yang berkualiti juga” kata ayahnya dengan senyuman terukir di bibir.

Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita berkongsi ” biji benih” kita dengan orang lain? Apa yang terbaik yang kita berikan kepada orang lain insyaAllah, akan mendapat ganjaran yang jauh lebih baik daripada Allah swt.

وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالْإِيمَانَ مِن قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِّمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ ۚ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
'Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. ' (Al-Hasyr:9)

*Petikan daripada buku ”Life is an open secret: Think about it” by Zabrina A. Bakar

06 Mei 2009

Di Antara 3

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga org lelaki tua berjanggut panjang dan berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya..Dia tidak kenal akan mereka..

Wanita itu bertanya ,"Saya tidak fikir saya mengenali anda semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk ke rumah saya dan makan sesuatu."

"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.

"Tidak", wanita itu berkata." Suami saya telah keluar."

"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.

"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang!" Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawab.

"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.

Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan: "Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah kawan yang seorang lagi," Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang." Dia menyambung lagi," Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."

" Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.

"Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita dengan Kekayaan!"

Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"

Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya: "Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"

"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita tu," kata suami itu kepada isterinya. "Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami." Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya.

Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan: "Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"

Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya. Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"

Begitulah kisahnya......Kasih Sayang tidak dapat dijual beli, bagaimana pula dengan anda di luar sana, yang mana pilihan anda, yang mana yang anda lebih utamakan, yang mana mampu memberi anda kebahagian?? fikirkan dan renungkan!!!

Bagi saya bukan sahaja kasih sayang yang kita perlukan...kita juga perlukan keikhlasan dan kejujuran, begitu juga dalam apa saja perkerjaan @ perbuatan yang kita lakukan disertai percakapan kita juga memerlukan keikhlasan dan kejujuran...Di mana-mana di dunia ini, kasih sayang adalah nadi kehidupan, Kasih sayang yang teguh adalah kasih sayang yang terbina di atas landasan kejujuran dan keikhlasan. Bahagialah hidup insan yang mampu mempertahankan kebahagiaan dan kasih sayangnya dengan kejujuran, di sinilah terletaknya keberkatan dalam apa saja yang kita usahakan!!!

Semoga kita sama mendapat keberkatan dan rahmat dari ALLAH di bulan yang mulia ini...dan semoga apa saja yang kita usahakan akan mendatangkan hasil...harta, pangkat dan wang berjuta bukanlah jaminan bahagia...bukan juga jaminan syurga!!! Tetapi kebahagiaan itulah yang menuntut pengorbanan dan penghasilan serta kejayaan agar hidup kita akan seimbang.

Sesungguhnya anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda...Ingatlah Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah.

Kebanyakan perkara penting yang berlaku di dunia ini disempurnakan oleh mereka yang terus dan sentiasa berusaha walaupun ia nampaknya tidak mempunyai harapan langsung...


Berkasih Sayanglah Sesama Kita

02 Mei 2009

Lelaki Tua Dengan 3 Anak

Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yang sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki.

Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis.

Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya..jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi makan.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu.

Maka dipanggilnya si Harben."Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?"

Apa yang dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?"
Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap. "Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.

Dipanggilnya pula si Anis. "Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang dijawab Anis? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"

Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga. "Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.

Dipanggilnya pula si Amsal. "Hei Amsal,tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.. "Lalu Amsal menjawab, "Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan. Menyesallah dihatinya kerana tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya.

Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun.

Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.

Sekian adanya.

APA PENGAJARAN CERITA INI.

Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.

Harben ialah HARTA-BENDA,
Anis ialah ANAK-ISTERI, dan
Amsal ialah AMAL-SOLEH.

Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal. Di mana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja) yang dapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di tepi kubur). Oleh itu dalam kita mengejar cita-cita di dunia ini jangan lah lupa dengan akhirat dan rukun Islam yang lima .

Sama-samalah kita mendapat kesenangan di dunia dan di akhirat.
sekadar berkongi cerita...
wasalam...

Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.

"Kerjalah untuk dunia kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan kerjalah untuk akhirat kamu seolah kamu akan mati esok.''


29 April 2009

CABAR DIRI UNTUK BERJAYA!

Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri; atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris; atau seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara; atau seperti Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya.

Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti. Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.

Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Bagi seseorang usahawan, memperolehi pendapatan RM10,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya dan baginya ia adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000 ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan yang pada kebiasaannya mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan. Apabila kita tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya pula. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.

1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.

2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain (Cemburu di sini bermaksud 'envy' kerana cemburu ini menanam semangat persaingan yang sihat - Admin Megasutra). Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita.

Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.

Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya tetapi boleh belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri dan pernah terima anugerah daripada PM Malaysia. Tak cemburukah kita?

3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, “Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ”. Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.

4. Soal Diri Dengan Soalan Positif Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:

Kenapalah aku gagal?
Mengapa nasib aku sentiasa malang?
Kenapalah orang semua tak suka aku?
Apalah nak jadi dengan aku ni?

Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.

Apa yang belum aku lakukan lagi?
Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini?
Siapa yang boleh bantu aku?

Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.

5. Tingkatkan ‘Standard’ Anda Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan ‘standard’ kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak ‘standard’lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula. Tidak ‘standard’ lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula. Tidak ‘standard’ lah selama-lamanya dapat markah ‘C’, 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat ‘A’ pula. Tidak ‘standard’ lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula. Tidak ‘standard’ lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula.

Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut ‘standard’ baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.

Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam ‘standard’ yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung ‘standard’ tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.

Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup!

27 April 2009

Penyesalan SI Tukang Kayu

Di suatu masa terdapat seorang tukang kayu yang semakin dimamah usia. Dia bercadang untuk bersara daripada kerjanya sebagai tukang kayu yang bertanggungjawab membuat rumah di sebuah syarikat pembinaan. Dalam fikirannya lagi, dengan tenaganya yang semakin kurang, dia ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga tersayang. Tukang kayu ini tidak akan menerima lagi upah sekiranya bersara. Tetapi, dia tetap dengan keputusannya. Lalu tukang kayu itu memberitahu majikannya tentang hasratnya itu.

Apabila majikannya mendengar luahan hati tukang kayu yang berpengalaman itu, dia merasa sedih dan memujuk tukang kayu tersebut agar menarik balik keputusannya itu. Akan tetapi, tukang kayu itu tidak berganjak dan tetap dengan niat untuk bersara. Akhirnya majikannya bersetuju dengan keputusan tukang kayu itu, tetapi dengan satu syarat. Permintaan terakhir majikannya ialah menyuruh tukang kayu itu membina sebuah rumah buat kali terakhir.

Tukang kayu itu merasa gembira dan bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh majikannya. Tetapi kegembiraannya untuk bersara mengatasi semangat dan kemahiran yang ditunjukkannya semasa bekerja. Akibatnya, rumah yang dibina buat kali terakhir itu telah disiapkan dengan sambil lewa, tanpa penelitian khusus serta menggunakan kayu yang rendah kualitinya. Rumah itu berjaya disiapkan dalam jangkamasa yang singkat. Apabila majikannya melihat rumah itu, dia mengambil kunci pintu utama rumah tersebut dan memberikannya kepada tukang kayu itu seraya berkata “Inilah hadiah persaraan daripada saya kepada kamu...Selamat bersara”.

Tukang kayu itu terkejut besar dengan kata-kata majikannya. Beliau tidak menyangka bahawa rumah yang dibinanya buat kali terakhir itu adalah rumah untuk kegunaanya sendiri. Alangkah menyesalnya dia kerana menyiapkan rumah itu secara tergesa-gesa dan jika dia tahu sebelum itu, dia akan membina rumah tersebut dengan penuh teliti dan menggunakan bahan yang bermutu tinggi.

MORAL: Senario ini mungkin pernah berlaku di dalam hidup kita seharian. Hidup ini boleh diibaratkan sebagai membina sebuah rumah untuk kemudahan dan kegunaan kita di masa hadapan. Kita pula sering mengambil mudah dengan kehidupan sekarang, kita merasa selesa kerana ibu bapa kita sentiasa berada di samping kita, memberi sokongan dan membantu kita. Tetapi, sedarkah kita apabila mereka tiada nanti, siapakah yang akan bertanggungjawab ke atas hidup kita? Tak lain dan tak bukan DIRI KITA SENDIRI. Belajarlah bertanggungjawab dan bijak merancang masa depan kita. Gunakan masa muda ini dengan belajar bersungguh-sungguh dengan cita-cita untuk menjadi seorang manusia berguna kepada bangsa, agama keluarga dan negara.

26 April 2009

20 GUIDE TO "Be A Millionaire"

Baca pelan-pelan...tip dari irfan khairi!

Hari ini saya ingin berkongsikan dengan anda 20 faktor-faktor
kejayaan seorang jutawan. Survey berikut telah dilakukan oleh Dr Thomas Stanley dalam buku popularnya "The Millionaires' Mind" di mana beliau telah menemuramah beribu-ribu jutawan!

1. Being honest with all people
2. Being well discipline
3. Getting along with others
4. Having a supportive spouse (husband/wife)

5. Working harder than most people
6. Loving my carreer / business
7. Having strong leadership qualities
8. Having a very competitive spirit / personality
9. Being very well organized

10. Having the ability to sell my ideas / products
11. Making wise investments
12. Seeing opportunities other do not see
13. Being my own boss
14. Willing to take financial risk given the right return

15. Having good mentors
16. Having the urge to be well respected
17. Investing in own business
18. Finding profitable niche
19. Having extraordinary energy
20. Being physically fit
Oleh: Irfan Khairi

25 April 2009

Rahsia 90/10 ramai tidak mengetahui

Rahsia 90/10 memang luar biasa! Sayangnya sedikit sahaja yang tahu
mengenainya dan mahu menerapkan rahsia ini. Sebab itulah begitu
banyak manusia yang mengadu tertekan atau stress dan mengalami sakit
kepala serta perlbagai jenis penyakit lain lagi. Seolah olah mereka tidak
pernah mengalami kejayaan kejayaan di dalam hidup selain gagal dan
gagal lagi.

Hari hari buruk datang bersilih ganti. Selalu juga terjadi hal hal yang tidak
menyeronokkan seperti amarah yang memutuskan persahabatan dan
hidup menjadi seperti sesuatu yang menakutkan dan tidak dinikmati
sepenuhnya. Hidup sungguh membosankan dan sering kelihatan kejam
kepada kita. Apakah ini menggambarkan keadaan anda juga? Jika ya,
jangan putus asa kerana anda mampu melakukan perubahan! Cuma
fahami dan lakukan rahsia 90/10.

Apa rahsia 90/10? Sepuluh peratus kehidupan didasari oleh hal hal yang
terjadi terhadap kita manakala baki 90 peratus kehidupan ditentukan oleh
bagaimana kita memberikan reaksi terhadap hal hal yang terjadi itu.
Maksudnya? Kita memang tidak dapat mengawal 10 peratus kejadian
yang menimpa kita. Misalnya, kita tidak dapat mengelakkan kenderaan
yang kita naiki dari pada mengalami kerosakan. Akibatnya, kita tterlepas
penerbangan dan menjejaskan seluruh jadual kita.

Ataupun, anda dimarahi oleh bos dan berselisih pandapat dengan rakan
rakan setugas di pejabat ataupun ketika berurusan dengan kakitangan
sebuah agensi kerajaan atau swasta. Mungkin dia ada masaalah di rumah
dan anda tidak mampu menghalangnya. Maafkanlah sahaja dia. Ataupun,
ada orang menabur fitnah terhadap diri anda, anda mengalami kecurian
atau kehilangan Sesutu yang berharga. Sebagai manusia biasa, kita tidak
dapat mengawalnya.

Tetapi berbeza dengan 90 peratus lagi di mana kita yang
menentukannya. Bagaimana dengan reaksi kita? Kita tidak dapat
mengawal lampu isyarat merah tetapi dapat mengendalikan reaksi kita
terhadapnya. Kita lihat satu contoh :

Anda sedang bersarapan bersama keluarga. Tiba tiba anak anda tanpa
disengajakan telah tertumpah secawan kopi di atas kemeja kerja anda.
Anda tidak dapat mengendalikan apa yang telah terjadi itu. Namun, apa
yang akan terjadi kemudian akan ditentukan oleh cara anda memberikan
respons terhadapnya.

Anda dengan kasar memarahi anak. Dia menangis. Setelah itu, anda
menyalahkan isteri anda kerana meletakkan cawan tersebut terlalu dekat
dengan tepi meja. Lalu terjadilah pertikaman lidah yang menyusul tidak
lama kemudian. Anda mendengus dan terus membebel sebelum beredar
untuk menyalin pakaian.

Setelah kembali ke meja makan, anak perempuan anda sedang
menghabiskan sarapannya sambil menangis. Dia ketinggalan pula bas
sekolahnya manakala isteri anda sudah terlambat dan perlu segera
bertolak ke tempat kerjanya. Jadi, mahu tidak mahu, andalah yang
terpaksa anak perempuan anda ke sekolahnya. Kerana agak sudah
terlewat, anda memandu dengan kelajuan yang melebihi had maksimum
sehingga ditegur oleh seorang anggota polis. Anda meminta maaf dan
waktu terus berjalan Setibanya di sekolah, anak anda ditahan oleh
pengawas di pintu pagar dan namnya dicatatkan kerana lewat.

Anda meneruskan perjalanan dan tiba di pejabat kira kira 20 minit
terlewat dan baru tersedar, anda tertinggal ‘laptop’ kerja anda yang
mengandungi dokumen dokumen penting di dalamnya untuk dibereskan
pada hari itu juga. Anda terpaksa juga pulang kerumah sebelum
mesyuarat pada pukul 11 pagi. Sambil meredah kesesakkan lalulintas,
anda teringatkan isteri dan anak anda serta insiden pagi tadi. Kenapa
teruk sekali hari anda?

Adakah kerana secawan kopi yang tumpah, kecuaian anak mahupun
isteri anda, ditahan oleh polis atau kerana diri anda sendiri? Jawapannya
ialah anda. Kerana anda tidak dapat menguruskan air kopi yang tumpah
itu. Bagaimana reaksi anda beberapa detik kemudian menyebabkan hari
anda menjadi satu hari yang buruk.

Ini yang mungkin terjadi jika anda memberikan tindak balas berbeza.
Kopi tumpah di atas baju anda. Anak anda menangis. Anda dengan
lembut berkata “tidak mengapa sayang. Lain kali lebih berhati hati ya…”
Dalam keadaan yang tenang itu, anda menukar pakaian dan tidak lupa
mengambil “ laptop “ anda. Anda kembali ke meja makan dan melihat
anak anda menunggu bas sekolahnya. Isteri anda mencium tangan
sebelum anda berangkat ke tempat kerja. Anda sampai ditempat kerja
anda lima minit lebih awal dan para pegawai komentar tentang
bagaimana baiknya hari anda.

Lihat perbezaannya. Dua scenario yang berlainan bukan? Kedua duanya
dimulai dari hal yang sama. Yang 90 peratus lagi ditentukan oleh reaksi
kita sendiri.

06 April 2009

Streamyx kembali bengong!!

hari ni sepanjang hari masa aku terbuang untuk refresh n tunggu website kegemaran aku...
kadang2 rasa malang jer dok malaysia ni...dah la tahap servis ntah apa2 lagi TM ni...

mentang2 bisnes ni dorang konker....kalau tak mmg dah lama TM lingkup...
hilang terus mood aku nak ber-blog ni...asyik2 disconnect jer....

tolong la perbaiki tahap servix korang ni...sebelum korang hilang peminat cam UMNO sekarang ni hahahaa....

04 April 2009

04-04-2009 blog aku dilahirkan hihi...

setelah sekian lama tertangguh...akhirnya aku buat juga blog ni...
niat nak buat dah lama...tapi tak de idea..

ni pon aku tak tau nak buat apa dengan blog ni haha...
layankan jer la....

BANK USAHAWAN

BANK KOMERSIAL